Sunday, January 27, 2013



Assalamualaikum W.B.T....

Segala puji-puji kepada Allah SWT, pentadbir dan pemilik seluruh alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Baginda Nabi SAW, keluarga baginda dan para sahabat serta tabi' tabi'in. Sempena Maulidur Rasul 1434 H ini, marilah kita semarakkan cinta rasul dalam diri kita dengan memperbanyakkan selawat kepada Baginda Nabi SAW sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada Baginda Nabi SAW. 

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Ahzab: 56 "Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikatnya akan berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi SAW, Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". Daripada Abu Hurairah bahawasanya Baginda Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikkan" (Riwayat Ahmad). 

Maka marilah memperbanyakkan selawat kepada baginda Nabi SAW supaya kita semua tergolong dikalangan golongan yang mendapat shafaat Nabi SAW di akhirat kelak. Disamping itu, marilah kita beramal dengan sunnah nabi dengan ihklas dan istiqamah kerana lewat ini ramai umat ISLAM yang lupa kepada sunnah Nabi dan tidak kurang yang memperlekehkan serta menghina sunnah-sunnah yang dibawa oleh Baginda Nabi SAW.....wallahualam :)




Keredhaan Allah


Semoga kita semua sentiasa berada dikalangan hamba-hamba yang dikurniakan rahmat-Nya dan terhindar daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang mendatangkan murka Allah SWT kerana azab Allah itu bersangatan....