Assalamualaikum kpd saudara seakidah sekalian. Syukur kpd Allah S.W.T krn kita masih lagi diberi ruang utk hidup di muka bumi ini maka janganlah sekali-kali kita alpha drpd mengingati-Nya krn sesungguhnya Allah S.W.T tdk pernah lupa drpd mengingati kita walaupun sesaat. Di sini, ana ingin berkongsi mengenai kisah keengganan iblis utk taat kpd perintah Allah S.W.T spy sujud kpd Nabi Adam A.S. Akibat daripada keengganas tersebut, Allah S.W.T telah mengusir iblis dari Syurga. Sebaigamana firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat ke-34 yg membawa maksud: "Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kpd malaikat:'Sujudlah (tunduklah memberi penghormatan) kpd Nabi Adam. Lalu mereka semuanya sujud (memberi hormat) kecuali iblis. Ia enggan dan takbur, dan jadilah ia drpd golongan yang kafir".
Allah S.W.T memerintah para malaikat dan iblis utk sujud kpd Nabi Adam A.S kerana Allah S.W.T memuliakan baginda dan Allah S.W.T juga ingin menguji iblis. Ini kerana iblis telah memohon kpd Allah S.W.T supaya dimasukkan ke dlm golongan malaikat kerana iblis berasa bangga dgn kehebatan yg ada padanya. Para alim ulama mengisahkan bahawa iblis ini merupakan golongan yg sgt taat beribadat kpd Allah S.W.T sehingganya ketaatan tersebut hampir setaraf dgn ketaatan para malaikat. Tambahan pula, ia digelar sbg Tawus al-Mala'ikah yg bermakna Burung Meraknya Para Malaikat. Oleh sebab itu, Allah S.W.T telah menguji kemampuan iblis bersama para malaikat dgn memerintahkan iblis spy sujud memuliakan Nabi Adam A.S ttp. iblis enggan sujud krn iblis merasakan dirinya lbh mulia drpd Adam krn Adam dijadikan drpd tanah sedangkan iblis dijadikan drpd api. Oleh itu, iblis telah gagal dlm ujian tersebut hanya disebabkan sifat sombongnya itu dn diusir keluar drpd syurga. Sebagaimana, Allah S.W.T berfirma dlm surah al-a'raf ayat ke-13 yg bermaksud: " Maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang yg hina" dan Iman Ibn Kathir ada menyebut dlm hadis sahih yg bermaksud:' Tdk akan masuk syurga org yg dlm hatinya terdpt kesombongan, meskipun hanya sebesar biji sawi'. Disebabkan itu, Iblis telas berjanji utk menyesatkan umat manusia dgn apa jua sekalipun dan sesungguhnya iblis itu adalah musuh kamu yang nyata.
Oleh itu, pengajaran yang boleh kita ambil daripada peristiwa ini adalah jangan sekali-kali kita memiliki sifat sombang ,angkuh, bangga diri dan semakna dgn nya hanya kerana sedikit kejayaan yang kita peroleh atau kelebihan yang dikurniakan kpd kita. Sebaliknya, kita gunakanlah kelebihan yang Allah S.W.T kurniakan itu pada jalan yang diredhai-Nya dan hendaklah ikhlas dalam melaksananya sebagai tanda terima kasih kpd Allah S.W.T. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berdoa kpd Allah S.W.T spy diberi perlindungan drpd memiliki sifat-sifat mazmumah dan juga diberi perlindungan spy terhindar drpd tipu daya syaitan. Oleh itu, ana berhrp tulisan yg tdk seberapa ini dpt memberi sedikit manfaat kpd saudara sekalian. Wallahu a'alam.